NEW NASTY LOGO WHITE

TERMA & SYARAT

Penggunaan laman sesawang truenasty.com tertakluk kepada terma dan syarat berikut dan dengan menggunakan laman sesawang ini, anda memahami dan menerima sepenuhnya terma dan syarat ini.

Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini atau sebarang bahagian terma dan syarat ini, anda tidak sepatutnya menggunakan laman sesawang ini.

[Bergantung kepada undang-undang berkaitan penggunaan produk-produk berkaitan nikotin di negara anda, anda mesti berumur sekurang-kurangnya [18] tahun atau [21] tahun untuk menggunakan laman sesawang ini. Dengan menggunakan laman sesawang ini [dan bersetuju mematuhi terma dan syarat ini] anda mengakui dan memaklumkan yang anda adalah orang dewasa dan bukan bawah umur.]

[Laman sesawang ini menggunakan kuki. Dengan menggunakan laman sesawang ini dan menyetujui terma dan syarat ini, anda bersetuju membenarkan kami menggunakan kuki mengikut terma polisi privasi / polisi kuki.]

1. Lesen menggunakan laman sesawang dan Hak Milik Intelektual

1.1 Melainkan dinyatakan berasingan, NSTY Worldwide dan/atau pemberi lesennya memiliki hak milik intelektual laman sesawang dan bahan-bahan di dalamnya.

1.2 Bergantung kepada lesen di bawah, semua hak milik intelektual adalah terpelihara.

1.3 Anda boleh melihat, memuat turun untuk tujuan cache sahaja dan mencetak halaman [atau [KANDUNGAN LAIN]] daripada laman sesawang ini untuk tujuan peribadi anda sendiri, bergantung kepada sekatan-sekatan dinyatakan di bawah dan mana-mana bahagian lain dalam terma dan syarat ini.

1.4 Anda tidak boleh:

  • Menerbitkan semula bahan-bahan daripada laman sesawang ini (termasuk penerbitan semula di laman sesawang lain);

  • Menjual, menyewa atau melesenkan semula bahan-bahan daripada laman sesawang ini;

  • Memaparkan sebarang bahan dalam laman sesawang ini di tempat awam;

  • Menghasilkan semula, menduplikasi, menyalin atau dengan kata lain mengeksploitasi bahan-bahan dalam laman sesawang ini untuk tujuan komersial;

  • Menyunting atau dengan kata lain mengubahsuai sebarang bahan dalam laman sesawang ini; atau

  • [Mengedarkan semula bahan-bahan dalam laman sesawang ini [melainkan untuk kandungan dibuat secara khusus atau secara jelas dibuat untuk diedarkan semula].]

  • [Di mana kandungan dibuat khusus untuk diedarkan semula, ia hanya boleh diedarkan semula [dalam organisasi anda].]

2. Penggunaan dibenarkan

2.1 Anda tidak boleh menggunakan laman sesawang ini dalam apa sahaja cara yang menyebabkan, atau mungkin menyebabkan, kerosakan kepada laman sesawang atau gangguan kepada kepenggunaan atau akses kepada laman sesawang ini; atau dalam apa sahaja cara yang tidak mengikut undang-undang, melanggar undang-undang, bersifat penipuan atau merosakkan, atau

Berkenaan sebarang aktiviti atau tujuan yang tidak mengikut undang-undang, melanggar undang-undang, bersifat penipuan atau merosakkan.

2.2 Anda tidak boleh menggunakan laman sesawang ini untuk menyalin, menyimpan, mengehos, menyiar, menghantar, mengguna, menerbit atau mengedar sebarang bahan yang mengandungi (atau berkaitan dengan) sebarang spyware, virus komputer, trojan horse, worm, keystroke logger, rootkit atau sebarang perisian komputer berniat jahat.

2.3 Anda tidak boleh melakukan sebarang aktiviti pengumpulan data sistematik atau automatik (termasuk tanpa had scraping, perlombongan data, pengekstrakan data dan penuaian data) berkenaan atau berkaitan laman sesawang ini tanpa kebenaran bertulis jelas daripada NSTY Worldwide.

2.4 Anda tidak boleh menggunakan laman sesawang ini untuk menyiar atau menghantar komunikasi komersial yang tidak diminta.

2.5 Anda tidak boleh menggunakan laman sesawang ini untuk sebarang tujuan berkaitan pemasaran tanpa kebenaran bertulis jelas daripada NSTY Worldwide.

3. Perlindungan Data Peribadi

3.1 Kami mengambil semua langkah-langkah munasabah dan praktikal untuk memastikan yang Data Peribadi anda yang didapatkan secara terus atau tidak terus dilindungi daripada sebarang penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tidak dibenarkan atau tidak disengajakan, perubahan atau penghapusan.

4. Akses Terhad

4.1 Akses kepada beberapa bahagian laman sesawang ini disekat. NSTY Worldwide berhak menyekat akses kepada bahagian-bahagian [lain] laman sesawang ini, malah, ke seluruh laman sesawang, mengikut budi bicara NSTY Worldwide.

4.2 Jika NSTY Worldwide memberikan anda ID pengguna dan kata laluan untuk membolehkan anda mengakses bahagian-bahagian disekat di laman sesawang ini atau kandungan atau perkhidmatan lain, anda mesti memastikan yang ID pengguna dan kata laluan kekal sulit.

4.3 NSTY Worldwide mungkin mematikan ID pengguna dan kata laluan anda mengikut budi bicara NSTY Worldwide tanpa makluman atau penjelasan.]

5. Kandungan Pengguna

5.1 Di bawah terma dan syarat ini, ‘kandungan pengguna anda’ bermaksud bahan-bahan (termasuk tanpa had teks, gambar, bahan-bahan audio, bahan-bahan video dan bahan-bahan audio-visual) yang anda hantar ke laman sesawang ini, untuk apa sahaja tujuan.

5.2 Anda memberikan NSTY Worldwide hak untuk menggunakan, menghasil semula, mengadaptasi, menerbit, menterjemah dan mengedar kandungan pengguna anda dalam sebarang media sedia ada atau akan datang dengan lesen yang global, tidak boleh dibatalkan, tidak ekslusif dan bebas royalti.

5.3 Anda juga memberikan NSTY Worldwide hak untuk memberikan sublesen hak-hak ini, dan hak untuk mengambil tindakan ke atas perlanggaran hak-hak ini.

5.4 Kandungan pengguna anda tidak boleh mengandungi unsur-unsur melanggar undang-undang atau tidak berlandaskan undang-undang, tidak boleh melanggar sebarang hak undang-undang pihak ketiga dan mesti tidak dapat menyebabkan tindakan undang-undang sama ada terhadap anda atau NSTY Worldwide atau pihak ketiga (bagi setiapnya di bawah undang-undang berkenaan).

5.5 Anda tidak boleh menerbitkan sebarang kandungan pengguna kepada laman sesawang yang merupakan atau pernah menjadi subjek sebarang tindakan undang-undang sama ada diancam atau sudah berlaku atau lain-lain rungutan.

5.6 NSTY Worldwide berhak menyunting atau membuang sebarang bahan dihantar kepada laman sesawang ini atau disimpan di pelayan NSTY Worldwide, atau dihoskan atau diterbitkan di laman sesawang ini.

[Walaupun NSTY Worldwide mempunyai hak-hak di bawah terma dan syarat ini berkenaan kandungan pengguna, NSTY Worldwide tidak bertindak mengawasi penghantaran kandungan berkenaan, atau penerbitan kandungan berkenaan, kepada laman sesawang ini.]

6. Tiada Waranti & Jaminan

6.1 Laman sesawang ini disediakan ‘seperti adanya’ tanpa sebarang andaian waranti atau jaminan, sama ada dinyatakan atau dibayangkan.

6.2 NSTY Worldwide tidak membuat sebarang andaian atau waranti dan jaminan berkenaan laman sesawang ini atau maklumat dan bahan-bahan dipaparkan di laman sesawang ini.

6.3 Tanpa prejudis berkenaan sifat umum perenggan yang disebut di atas, NSTY Worldwide tidak menjamin bahawa:

  •  Laman sesawang ini akan sentiasa aktif, atau akan aktif; atau
  • Maklumat di dalam laman sesawang ini adalah lengkap, benar, tepat atau tidak mengelirukan.

6.4 Tiada apa di dalam laman sesawang ini yang bertujuan, atau sepatutnya bertujuan, sebagai nasihat dalam apa cara sekalipun. [Jika anda memerlukan nasihat berkenaan sebarang urusan [undang-undang, kewangan atau perubatan], anda patut menghubungi ahli profesional berkenaan.]

7. Had-had Liabiliti

7.1 NSTY Worldwide tidak akan menanggung liabiliti berkenaan anda (sama ada di bawah undang-undang kontrak, undang-undang tort atau sebaliknya), berkenaan kandungan, atau penggunaan, atau berhubung dengan, laman sesawang ini:

  •  [setakat di mana laman sesawang ini diberikan secara percuma, untuk sebarang kerugian langsung;]
  • Atau tidak langsung, kerugian istimewa atau sebagai akibat; atau
  • Untuk sebarang kerugian perniagaan, kerugian hasil, pendapatan, keuntungan atau penjimatan dijangka, kehilangan kontrak atau hubungan perniagaan,
  • Kehilangan reputasi atau muhibah, atau kehilangan atau kerosakan maklumat atau data.

7.2 Had-had liabiliti ini digunapakai walaupun NSTY Worldwide dengan jelas telah memaklumkan kemungkinan kerugian.

8. Pengecualian

8.1 Tiada dalam penafian laman sesawang ini yang akan menidakkan atau mengehadkan sebarang waranti dibayangkan dalam undang-undang di mana menidakkan atau mengehadkan sesuatu adalah tidak mengikut undang-undang;

  • Dan tiada apa-apa dalam penafian laman sesawang ini akan menidakkan atau mengehadkan liabiliti NSTY Worldwide berkenaan:
  • Kematian atau kecederaan peribadi disebabkan kecuaian NSTY Worldwide;
  • Penipuan atau salah nyata tipuan oleh pihak NSTY Worldwide; atau
  • Urusan yang mana adalah melanggar undang-undang atau menyalahi undang-undang untuk NSTY Worldwide menidakkan atau mengehadkan, atau percubaan atau bertujuan menidakkan atau mengehadkan liabilitinya.
9. Kemunasabahan

9.1 Dengan menggunakan laman sesawang ini, anda bersetuju yang penidakkan dan pengehadan liabiliti ditetapkan dalam penafian laman sesawang ini adalah munasabah.

9.2 Jika anda tidak bersetuju ia adalah munasabah, anda tidak patut menggunakan laman sesawang ini.

10. Pihak-pihak lain

10.1 [Anda menerima yang, sebagai entiti liabiliti terhad, NSTY Worldwide memiliki kepentingan dalam mengehadkan liabiliti peribadi pegawai-pegawai dan kakitangannya. Anda bersetuju yang anda tidak akan membawakan sebarang tuntutan terhadap pegawai-pegawai atau kakitangan NSTY Worldwide secara peribadi berkenaan sebarang kerugian anda alami berkenaan laman sesawang ini.]

10.2 [Tanpa prejudis berkenaan perenggan di atas,] anda bersetuju yang had-had waranti dan liabiliti ditetapkan di dalam penafian laman sesawang ini akan melindungi pegawai-pegawai, kakitangan, ejen-ejen, anak-anak syarikat, pengganti, penugas dan subkontraktor NSTY Worldwide selain NSTY Worldwide sendiri.

11. Peruntukan Tidak Boleh Dikuatkuasakan

11.1 Jika sebarang peruntukan dalam penafian laman sesawang ini, atau didapati, tidak dapat dikuatkuasakan di bawah undang-undang berkenaan, ia tidak akan memberi kesan kepada kebolehan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan lain dalam penafian laman sesawang ini.

12. Pampasan

12.1 Anda melindungi NSTY Worldwide dan mengambil tindakan untuk melindungi NSTY Worldwide terhadap sebarang kerugian, kerosakan, kos, liabiliti dan perbelanjaan (termasuk tanpa had kos guaman dan sebarang jumlah dibayar oleh pihak ketiga dalam penyelesaian tuntutan atau perbalahan berkenaan nasihat penasihat-penasihat undang-undang NSTY Worldwide) ditanggung atau dialami oleh NSTY Worldwide disebabkan sebarang perlanggaran oleh anda berkenaan sebarang peruntukan terma dan syarat ini [, atau disebabkan sebarang dakwaan yang anda telah melanggar sebarang peruntukan terma dan syarat ini].

13. Perlanggaran Terma & Syarat ini

13.1 Tanpa prejudis terhadap hak-hak lain NSTY Worldwide di bawah terma dan syarat ini, jika anda melanggar terma dan syarat ini dalam sebarang cara, NSTY Worldwide mungkin mengambil tindakan yang NSTY Worldwide anggap munasabah untuk menyelesaikan perlanggaran tersebut, termasuk menyekat akses anda kepada laman sesawang ini, menghalang anda daripada mengakses laman sesawang ini, menyekat komputer yang menggunakan alamat IP anda daripada mengakses laman sesaang ini, menghubungi pembekal perkhidmatan internet anda untuk meminta mereka menyekat akses anda ke laman sesawang ini dan/atau membawa anda ke mahkamah. NSTY Worldwide mungkin meminta pampasan ke atas pihak-pihak yang melanggar sebarang kerosakan ditanggung yang secara langsung atau tidak langsung membabitkan atau merosakkan logo-logo, jenama-jenama dan lain-lain reputasi perniagaan NSTY Worldwide

14. Variasi

14.1 NSTY Worldwide mungkin mengemaskini terma dan syarat ini dari semasa ke semasa. Terma dan syarat dikemaskini akan digunapakai untuk laman sesawang ini dari tarikh penerbitan terma dan syarat dikemaskini di laman sesawang ini. Sila pastikan anda membaca halaman ini dengan kerap untuk memastikan anda faham versi semasa.

15. Penugasan

15.1 NSTY Worldwide mungkin memindahkan, subkontrak atau berurusan dengan hak-hak dan kewajipan NSTY Worldwide di bawah terma dan syarat ini tanpa memaklumkan anda atau mendapatkan kebenaran anda.

15.2 Anda tidak boleh memindahkan, subkontrak atau berurusan dengan hak-hak dan/atau kewajipan anda di bawah terma dan syarat ini.

16. Kebolehasingan

16.1 Jika peruntukan terma dan syarat ini ditentukan dalam sebarang mahkamah atau pihak berkuasa kompeten sebagai menyalahi undang-undang dan/atau tidak dapat dikuatkuasakan, peruntukan-peruntukan lain akan kekal digunapakai. Jika sebarang peruntukan menyalahi undang-undang dan/atau tidak boleh dikuatkuasakan jika sebahagian daripadanya dipadam, bahagian tersebut dianggap telah dipadam dan peruntukan selebihkan akan terus berkesan.

17. Keseluruhan Perjanjian

17.1 Terma dan Syarat ini adalah keseluruhan perjanjian antara anda dan NSTY Worldwide berkenaan penggunaan laman sesawang ini, dan menggantikan semua perjanjian sebelumnya berkenaan penggunaan laman sesawang ini oleh anda.

18. Undang-undang dan Bidang Kuasa

18.1 Terma dan syarat ini ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang boleh pakai, dan sebarang perbalahan berkenan terma dan syarat ini tertakluk kepada bidang kuasa [tidak] ekslusif mahkamah Malaysia.

Butiran Syarikat

NSTY Worldwide Sdn. Bhd.

Level 19, Tower H, 
Empire City Damansara, 
Jalan Damansara, 
Damansara Perdana, PJU 8,
47820 Petaling Jaya, Selangor

Telephone: +6 016 -2493440

hello@nastyworldwide.com