Anda dah cuba bermacam-macam cara untuk berhenti merokok. Pelekat nikotin, ‘chewing gum’ dan vape macam-macam lagi.
Setiap kali anda cakap kat diri anda, “Ini kalilah aku berhenti merokok”.
Tapi ketagihan tu sentiasa ada. Tiba-tiba, tanpa anda sedar, anda capai lighter dan menyalakan sebatang rokok lagi. Sekuat mana anda mencuba, keinginan merokok tu masih tak boleh nak hilang.
Kerap batuk-batuk
Sesak nafas
Rasa berat di dada anda
Bagaimana kalau ada cara terkini untuk mengurangkan ketagihan tanpa ada asap rokok yang busuk dan tanpa rasa bersalah mengganggu orang lain?
Sekarang bayangkan anda berada di rumah, atau di tempat kerja, atau sedang bersukan atau sedang dalam penerbangan yang jauh.
Tiba-tiba ada rasa ketagihan nak merokok melonjak-lonjak. Anda bukannya mengambil rokok atau vape – anda menyelitkan satu ‘kantung kecil’ ini di tepi gusi anda.
Dalam beberapa minit, anda merasakan penyerapan nikotin menderu masuk ke dalam mulut anda.
Kini anda tak perlu lagi kena keluar pejabat atau bilik untuk menghisap rokok. Tiada lagi orang pandang sinis kalau anda hisap vape ketika bekerja.
Kini anda boleh memenuhi keinginan anda, tidak kira masa dan di mana jua anda berada.
Teknologi Terkini Berhenti Merokok Tanpa Tembakau.
Nicpax ialah ‘kantung nikotin’ (nicotine pouch) bebas tembakau yang direka khusus untuk memberikan anda kepuasan nikotin segera pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.
Hanya selit di tepi gusi dan anda akan mengalami kepuasan nikotin yang dilepaskan ke dalam aliran darah.
Tidak seperti kaedah tradisional seperti ‘chewing gum atau tampalan, Nicpax berfungsi dengan pantas – tanpa asap, tanpa vape dan tanpa halangan.
Tiada sesiapa pun tahu anda menggunakan nicpax. Hanya selit di tepi gusi untuk merasai nikotin tanpa asap atau bau yang mengganggu orang sekeliling.
Rasai kesannya dalam beberapa minit sahaja apabila anda mengidam untuk menghisap rokok.
Nicpax adalah alternatif terbaik 100% bebas tembakau. Ini bermakna anda mendapat nikotin yang anda perlukan tanpa bahan kimia berbahaya, tar atau asap yang dikaitkan dengan rokok.
Nicpax didatangkan dengan pelbagai perisa yang menyegarkan dan diminati. Ini membuatkan pengalaman anda menikmati nicpax lebih menyeronokkan dan mengujakan.
Pastikan anda tidak menelan Nicpax. Hanya letakkan ia di antara bibir atas dan gusi anda.
Anda mungkin akan rasa sedikit pedih. Jangan risau, itu tandanya nikotin sedang diserap. Biarkan selama 30 minit.
Buang pouch yang telah dipakai. Bila nanti ada rasa craving nikotin, ambil pouch baru daripada bekas.
Nicpax hadir dalam beberapa tahap ‘nicotine strength’ sesuai dengan keperluan anda.
Kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2022 mendapati bahawa 83% perokok berjaya mengurangkan bilangan rokok dalam tempoh 6 minggu selepas menggunakan ‘nicotine pouch’ tanpa tembakau (TFNP) untuk berhenti merokok.
Ini menunjukkan penggunaan TFNP seperti Nicpax mampu membantu perokok berhenti merokok kerana pengurangan tembakau yang diambil melalui TFNP.
‘Nicotine pouch’ telah menyumbang kepada pengurangan kadar merokok di Sweden sehingga hanya 5.3%!
Ini selari dengan piawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menganggap sesebuah negara bebas rokok apabila kurang dari 5% penduduk dewasa merokok.
80% daripada perokok telah berhenti merokok dengan ‘nicotine pouch’ dan trend ini diteruskan dan digunakan meluas sejak 2018.
Pilih kombo anda dan dapatkan diskaun sehingga 35%!
Selitkan Nicpax pada gusi anda. Nikotin akan diserap terus ke dalam aliran darah. Dalam beberapa minit, ia mula bertindak untuk menghilangkan craving anda.
Nicpax bebas tembakau dan mengandungi lebih sedikit bahan kimia berbahaya berbanding rokok. Walaupun nikotin membuatkan ketagih, Nicpax adalah alternatif yang lebih bersih dan selamat daripada merokok.
Boleh! Nicpax direka khas untuk membantu anda menguurangkan kebergantungan kepada rokok dan mengawal craving, jadi lebih senang untuk berhenti merokok sepenuhnya.
Setiap pouch boleh beri kepuasan nikotin hingga 30 minit.
Setakat ini, tiada undang-undang khusus yang melarang penggunaan pouch nikotin di Malaysia, tetapi ia hanya untuk kegunaan orang dewasa sahaja.
RM19.90 per unit dan mengandungi 20 pouch.
Ambil satu pouch dari tin dan letakkan pada gusi atas anda pada posisi yang selesa, biasanya di sebelah kiri atau kanan. Jangan risau jika anda akan merasai sedikit sensasi pedih atau panas - ini menandakan nikotin sudah mula meresap. Untuk mengurangkan kesan sensasi ini, alihkan kedudukan pouch dari kiri ke kanan, dan atas ke bawah secara berkala, sehingga anda mula selesa dengan penggunaannya. Setiap pouch boleh digunakan sehingga 30 minit. Jangan gigit atau telan pouch.
Jika anda merokok kurang dari 20 batang sehari, mulakan dengan kekuatan yang rendah seperti 4mg atau 6mg. Ini paling sesuai untuk semua pengguna baru nicotine pouch. Tetapi jika anda seorang perokok tegar yang memerlukan kepuasan nikotin lebih tinggi, anda boleh cuba kekuatan yang lebih tinggi seperti 10mg atau 12mg. Laraskan mengikut keperluan nikotin anda dan bagaimana badan anda bertindak balas.
Gunakan pouch setiap kali anda rasa ingin merokok. Kebanyakan pengguna mendapati bahawa satu pouch setiap jam dapat membantu mengawal keinginan. Setiap tin mengandungi 20 pouch dan boleh bertahan lebih sehari.
Jika kesan sensasi nicotine pouch terasa terlalu kuat, tukar kepada kekuatan yang lebih rendah. Anda juga boleh mengeluarkan pouch lebih awal jika tidak berasa selesa. Mulakan dengan dos yang lebih rendah untuk membiasakan diri sebagai pengguna baru.
Jangan kunyah atau menghisap pouch. Hanya letakkan antara bibir dan gusi anda.
Nicotine pouch adalah produk bebas tembakau yang direka untuk menyampaikan nikotin melalui penyerapan di gusi. Pengguna meletakkan pouch pada permukaan gusi dan di bawah bibir, di mana nikotin diserap secara beransur-ansur. Ia tidak menghasilkan asap atau wap, dan penggunaanya tidak akan dapat dikesan orang lain.
Ya, nicotine pouch dianggap lebih selamat berbanding rokok kerana ia tidak melibatkan pembakaran, yang menghasilkan bahan kimia berbahaya seperti tar dan karbon monoksida. Nicotine pouch adalah 99% kurang mudarat berbanding rokok, lebih baik daripada vape yang dianggarkan 95% kurang mudarat daripada merokok.
Tidak, nicotine pouch seperti NICPAX adalah 100% bebas tembakau. Ia hanya mengandungi nikotin tulen tanpa sebarang bahan tembakau yang berbahaya.
Nicotine pouch boleh membantu mengurangkan atau berhenti merokok dengan menawarkan alternatif bebas asap dan tembakau. Ramai pengguna bermula dengan kekuatan nikotin yang lebih tinggi dan secara beransur-ansur mengurangkan dos untuk mengawal keinginan mereka.
Snus adalah produk yang mengandungi tembakau dan diletakkan di bawah bibir atas untuk melepaskan nikotin. Ia mengandungi tembakau sebenar, yang membawa risiko kesihatan berkaitan dengan penggunaan tembakau.
Nicotine pouch (juga dikenali sebagai White Snus), sebaliknya, tidak mengandungi tembakau, sebaliknya menggunakan bahan berasaskan tumbuhan dan serat sintetik. Ini menjadikan nicotine pouch lebih bersih dan mudah digunakan.
Nicotine pouch dikawal selia dan diluluskan untuk penjualan di banyak negara, sebagai alternatif yang lebih selamat daripada merokok. Sebagai contoh, ia tertakluk kepada piawaian keselamatan di EU dan AS.
NICPAX tersedia dalam pelbagai kekuatan:
Anda boleh membiarkan pouch di mulut anda sehingga 30 minit, bergantung pada keperluan nikotin anda. Anda boleh mengeluarkannya selepas rasa mula hilang. Elakkan daripada mengunyah atau menghisap pouch.
Nicotine pouch tidak menghasilkan asap dan selamat digunakan di semua tempat larangan merokok seperti pejabat, pengangkutan awam, dan kawasan tertutup yang lain.
Elakkan makan semasa menggunakan nicotine pouch kerana ia boleh mengganggu penyerapan nikotin. Air atau minuman yang tidak berasid tidak akan menjejaskan penggunaannya.
Keluarkan pouch dan buang ke dalam tong sampah selepas digunakan. Terdapat juga ruang di penutup tin yang dikhaskan untuk menyimpan pouch yang telah digunakan.
NICPAX menawarkan pelbagai perisa, antaranya:
NICPAX menggunakan pouch bersaiz nipis dan selesa, sekitar 1-2 cm panjang dan muat dengan sempurna dan selesa di bawah bibir, sehingga tidak dapat dikesan orang lain semasa anda menggunakannya.
Nikotin diserap melalui membran mukosa di gusi. Proses ini memberikan pelepasan nikotin yang terkawal ke dalam aliran darah dalam jangka masa yang lebih lama, memberikan pengalaman yang lebih lancar berbanding merokok.
Rokok menghantar nikotin dengan cepat melalui paru-paru, manakala nicotine pouch memberikan pelepasan yang lebih perlahan dan terkawal melalui gusi. Ini menjadikan pouch pilihan yang kurang intensif tetapi bertahan lebih lama.
Kesan sampingan mungkin termasuk iritasi ringan pada mulut, loya, atau pening, terutamanya untuk pengguna baru atau mereka yang menggunakan kekuatan nikotin yang tinggi. Ketagihan nikotin boleh berkembang dengan penggunaan berlebihan. Jika berlaku sebarang kesan sampingan atau keraguan, berhenti menggunakannya serta-merta dan rujuk pada pakar kesihatan anda.
Ya, nicotine pouch mengandungi nikotin yang merupakan bahan yang menyebabkan ketagihan. Penggunaan yang berpanjangan atau kerap boleh menyebabkan ketagihan nikotin.
Nicotine pouch kurang menyebabkan gigi kekuningan berbanding rokok atau tembakau kunyah kerana ia tidak mengandungi tar.
Jika anda secara tidak sengaja menelan nicotine pouch, ia biasanya tidak berbahaya, tetapi anda mungkin mengalami ketidakselesaan atau loya. Minum air adalah disyorkan, dan dapatkan rawatan perubatan jika gejala berterusan.
Nicotine pouch mengandungi:
Nicotine pouch biasanya mempunyai jangka hayat sehingga 18 bulan. Pouch yang telah tamat tempoh mungkin kehilangan rasa dan kekuatan nikotin.
Simpan nicotine pouch di tempat yang sejuk dan kering untuk mengekalkan kualitinya. Elakkan dari haba dan cahaya matahari langsung kerana ini boleh mengeringkan pouch.
Disclaimer: Nicotine pouches contain nicotine and are addictive. Only for people who are already tobacco or nicotine users. Nicotine pouches are not suitable for: people under 18 years old; people who are allergic / sensitive to nicotine; pregnant or lactating women; individuals who should avoid using tobacco or nicotine products for medical reasons; individuals with unstable heart disease, severe hypertension or diabetes. This Product has not been evaluated by the Food and Drug Administration. This Product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. All finding or facts are based on scientific paper made into layman language so there many people out there realize the potential certain plant and biodiversity bring to their best of health. This site is not a part of the Facebook website or Facebook Inc. Additionally, This site is NOT endorsed by Facebook in any way. FACEBOOK is a trademark of FACEBOOK, Inc.